Tuesday, August 23, 2005

Bismillahirrahmaanirrahim..

Hampir 50 tahun telah berlalu, kemerdekaan menyaksikan petadbiran negaraku di bawah pucuk pimpinan kalangan agamaku. Jika ketika di bawah british dulu ummatku bangkit menentang sekeras-kerasnya pengkristiaan seorang gadis jerman yang ditinggalkan serta dibesarkan di bawah bumbung melayu muslim.

Sehelai demi sehelai lapisan balutan buku penyerahan kemerdekaan terbuka. Sedikit demi sedikit agenda penjajahan kekufuran menjadi kenyataan. Sedetik demi sedetik menyaksikan kemurtadan remaja harapan pimpinan hipokrit.

Wahai sekalian orang yang beriman! Di manakah kita berbanding nabi Muhamad dan sahabatnya? Mengapakah perkara sebegini boleh berlaku? Apakah kita masih mempersalahkan mereka-mereka yang hipokrot? Adakah kita menjalankan perintah Allah seperti yang disuruh? Setiap kita di kurniakan akal fikiran, apakah yag kita lakukan dengan anugerah itu? Sama-samalah kita ingat mengingati agar kita tidak menyesal sebelum terlambat. Tidak mustahil perkara ini boleh berlaku ke atas anak isteri kita.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home