Wednesday, August 24, 2005

Senangnya masuk kristian

Cara untuk masuk Kristian,

mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.
Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat: Tidak boleh hisap rokok, Tidak boleh minum arak, Tidak boleh makan benda-benda berdarah, Tidak boleh kahwin. Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.
Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan. PENGUMUMAN HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah walau satu ayat pun. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yg paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yg bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Keduanya, kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain.
Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yg membabitkan remaja belasan tahun. Pada minggu lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yg bersekolah di sebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dgn seorg yg berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 org remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yg diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya di tepi highwayCheras); diajar dan di Kristiankan oleh dua orang paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja tersebut di atas sekarang berada di Ulu Yam untuk pemulihan akidah.
Kalau kita semua boleh recall, pada beberapa tahun lepas, terdapat seorg paderi Melayu yg bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu di sini. Terdapat satu kes; recently; dimana seorang anak Tan Sri telah melahirkan seorg bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yg tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan yg pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin menamakan bayi tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dgn nama yg jelas bukan nama seorg penganut Islam. Jabatan Agama Islam dgn kerjasama Perkim telah berjaya membawa 'lari' wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan dikacau oleh si 'claimant' wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan.
Di Kedah yg suatu ketika dahulu sibuk dengan Black Metal , kini terdapat kumpulan baru yg menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan. Mereka juga terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah menolak kepercayaan kepada Allah. Cara mereka men'declare'kan diri mereka free-thinker adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuahAl-Quran. Kemudian mereka akan mengadakan upacara yg berasingan. Remaja lelaki akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi unggun tersebut sambil mengoyak-ngoyakkan helaian al-quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan titisan darah mereka kedalam gelas yg telah bercampur dgn darah kambing (kalau tak silap saya). Kemudian minum. Manakala kumpulan perempuan pula, modus operandi utk mengesahkan mereka bukan lagi Islam, ada sedikit kelainan. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan al-quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini, mereka melakukan penzinaan dgn senior lelaki mereka di atas helaian yg koyak tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan. Jabatan Agama Islam dgn kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli yg hanyut itu.
Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman saya sendiri. Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an. Dia boleh dikatakan rapat dgn saya. Seorg anak cikgu yg berasal dari Muar. Seorg pelajar yg pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus, beliau pernah ditawarkan utk melanjutkan pelajaran ke US atas "Young Lecturer Scheme". Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yg tidak baik berlaku. Beliau seorg yg patuh pada perintah org tuanya pun bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendpt pekerjaan di sebuah syarikat guaman yg terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah yg sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dgn anak tuan punya syarikat guaman ini; sehingga mengheret dia menjadi seorg penganut Kristian. Setelah berkawin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah dtg mencari saya; dan terakhir yg saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorg penganut Kristian yg setia; rajin ke gereja dan menghayati Bible . Tujuan saya bukan utk mengaibkan dia, tetapi untuk kita jadikan sempadan. Kisah Aisyah Bukhari dan kawan saya ini mempunyai persamaan; good religious foundation but got carried away.
Missionary agama lain sungguh kuat dari segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang. Dulu, mereka menggunakan missionary mereka dgn cara berbuat baik, mengambil hati, bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yg dijadikan mangsa; kurang pasti cara mereka tackle. Pinta penceramah semalam, agar dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yg terbaik untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yg mampu atau yg sudi menghulurkan sedekah; salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yg berkenaan kerana bantuan yg diterima tidak mencukupi. Dgn caruh dgn adanya sumber kewangan yg kukuh.
P/S:Tolonglah 'forward'kan e-mail ini kepada sahabat-sahabat kita. Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada termakan racun dakyah kritianisasi ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita sendiri. INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati! INI ADALAH HANYA SEBAHAGIAN DARI KISAH REMAJA MELAYU KITA YANG MURTAD....TERDAPAT RAMAI LAGI YANG SUDAH TERPESONG AKIDAH MEREKA........Sekarang ana mintak kawanآ² semua tolong fowardkan email ni pada seberapa ramai saudaraآ² seagama kita semoga ia menjadi ikhtibar & peringatan... untuk manfaat bersama.

Tuesday, August 23, 2005

Perjalanan Farhan Menuju Islam

Assalamualaikum.......
kisah benarKisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragamaKristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluargaKristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatukawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalamberbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka danBantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dsn. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat! RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran AgamaIslam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran inisetanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 sayabelajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu..."Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas namaIslam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian ,agama saya". Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad. -Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan. Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat. - Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Di samping mengulang kaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubahHitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Di samping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta ,saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...." Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya.

Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluargasaya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar diSabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan sayaNazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun say adi PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijilAl-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya s edih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar diPERKIM saya selalu telefon ayah ,emak dan adik beradik saya. Saya katakanajangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak. Saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam. Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........YaAllah betapa agungnya kekuasaanMu....Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah Pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu...Islam pun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentangIslam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang.

Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura nak belajarIslam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masukIslam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling Bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta

Bismillahirrahmaanirrahim..

Hampir 50 tahun telah berlalu, kemerdekaan menyaksikan petadbiran negaraku di bawah pucuk pimpinan kalangan agamaku. Jika ketika di bawah british dulu ummatku bangkit menentang sekeras-kerasnya pengkristiaan seorang gadis jerman yang ditinggalkan serta dibesarkan di bawah bumbung melayu muslim.

Sehelai demi sehelai lapisan balutan buku penyerahan kemerdekaan terbuka. Sedikit demi sedikit agenda penjajahan kekufuran menjadi kenyataan. Sedetik demi sedetik menyaksikan kemurtadan remaja harapan pimpinan hipokrit.

Wahai sekalian orang yang beriman! Di manakah kita berbanding nabi Muhamad dan sahabatnya? Mengapakah perkara sebegini boleh berlaku? Apakah kita masih mempersalahkan mereka-mereka yang hipokrot? Adakah kita menjalankan perintah Allah seperti yang disuruh? Setiap kita di kurniakan akal fikiran, apakah yag kita lakukan dengan anugerah itu? Sama-samalah kita ingat mengingati agar kita tidak menyesal sebelum terlambat. Tidak mustahil perkara ini boleh berlaku ke atas anak isteri kita.